Friday, January 30, 2009

TGIF.off to cherating

Ahh...it was 0700 hrs.Yup,I was stuck alone in front of the locked office.Ezat said we were supposed to be here by 0700hrs.Oh well...

So it was at 0800 hrs and Pizis finally called.She had make me walk to her apartment next to the office.Well,I could use some morning exercise.I'm bloody sleepy,am now too actually!Grab hold of the office key and wait for Irwan's arrival.

Luckily,I got shuga mami to entertain my long 1 hour wait.(I'm surprised! She was up early and heading for morning jog) plus I got a book to read entitled Islam,Al-Qur'an dan Ideologi Masa Kini.I dug it from my father's little library.

The office is closed today as we're all heading to Cherating.Not so many memories of Cherating.Been there like 2-3 maybe 4-5 times before my uncle and aunt got divorced.Some old dusty stuff.Lost count.All I know it was a long long time ago.Primary school times.

So as usual,a daily dose of Facebook.Raqi sent me a message telling how impressed he was working with very organised Mat Salleh crew.Yup,true bro but nevertheless ada saja Mat Salleh yg Bodoh Sombong and look down on very capable local crew.A solid crew/team or what ever to me does not boil down to colour or creed.Kalau bagus dia bagus.Hitam,putih,biru,kuning,hijau etc who gives a shit.I know I don't.Work hard,work smart,honest and sincere lillahitaala insyaAllah all will be good.

Anyway,I feel good for Raqi.You have my prayers hopefully it reaches you in Panama!hahaaa.I chatted with with my marine captain and he told me and advised me just to stay put for just a little longer then in his words "Cabutla!".He has got friends all over the world and as long as I can prove my mettle no problem he said.Why stay when you can go he said.Go do freelance he told me firmly."Hang bawak balik duit bebanyak!"...hahaaa.Though the lure of $$$ is at times mindblowing I hope I don't get sucked into that "trap" and hanyut.Takut beb.The test in which many had failed.Nauzubillah

On a lighter note,my darling is leaving Paris today in her posh plushy Ferrari with Mamma mia.No more speeding and .....Haha..Oh Imaginasiku!

So happy weekends everyone.Do take care.Looking forward for the upcoming week!Faktor sudah pulang.hahaa...sewiittttttttttt!

Tuesday, January 27, 2009

Signs you're in a disaster relationship

My bet is a good as yours,I would say no one given the choice wants to get married and end up being divorced.Kan?Kan?

And tak jugak wanting to be in a relationship and end up heart broken baik lelaki mahupon wanita.Cuma kalau takde jodoh tu kena terima.Well being humans kengkadang mmg sakit hotak tapi harus fikir juga.

So inipon aku jumpa dalam siri pembacaan aku.Sekadar memperingatkan diri dan juga sidang pembaca

1. Dishonestly - yourself or your partner
2. Communication - always ending up in an argument(and fist fights!ini aku tambah..)
3. Putting the other on a pedestal and putting yourself down
4. Destructive impulses
5. Compromise at your own expense
6. Feeling enclosed or shutting off from other friends
7. Fear of losing the other person with everything you do

Harap-harap,kite semua dijauhkan dari sifat-sifat tak elok.Wajar dan harus tegur-menegur dgn cara yg positif dgn cara berterusan.InsyaAllah.

WAKE UP CALL
LIE:You think by giving more and accepting less,you are the bigger person.
TRUTH:You do not have to give up who you are or what you enjoy.Why please someone else at your own expense?

LIE:You think that by working at it,the other person will change.
TRUTH:You're only one part of the relationship.If the other person doesn't change,it won't work.

LIE:You think by not telling your friends, you are protecting them from an uneasy truth that they don't need to know.
TRUTH:You're just protecting yourself from judgement and your partner from what you both are not proud of.

Aku amik info ni dari RD sambil layan Oprah.Terer la Suze Orman nih!

Love is in the air

Dah nak masuk "bulan bercinta" ni.Time inilah juga florist make serious money dari bulan-bulan lain gamaknya.Yup,true enough some would put aside their lactose intolerance and terima cokelat dr bf/gf bagaikan ia hadiah terbaik dan terkreatif.Tidak lupa jugak org akan bayar duit yg byk just to sit around in a fancy restaurant and stare at each other's eyes.Yup,maybe just maybe when the bill comes it might inject some $en$e...heh.So in theme and I found this excellent article in Reader's Digest.So lets share utk kesihatan bersama.

How to give your heart and heartly exercise?Love is the answer.

Women in a happy marriage is highly likely not to have a heart attack as opposed to a lovelorn sis.

Men who have sex 2-3 times a week halve their risk of cadriac arrest.

Kissing is also beneficial,it increases saliva production which reduces the bacteria that may cause gum disease(a proven contributor to heart disease)

Hugs can lower blood pressure and stimulate the release of the bonding hormone,oxytocin.

Bersumberkan Readers Digest.

Sunday, January 25, 2009

Sugar mummy?

My private jet landed on my private runway 1230hrs on Saturday afternoon.The weather is a scorcher.

I had to wait patiently for my ride.

The she comes half a hour late.Her smile melts my heart.I was not mad.I was just glad I survived the ride home and my suga momma came to pick me up.

Vrooooom of we go in her spanking red Ferrari.

She took me shopping.She got me 2 pairs of spanking designer Boxers,the most softest and finest of black leather wallet and a designer tee.

Then off to the movies

Ai lef my suga momma!

But today she had to go to Paris on work duties.
Kalau tak camne dia nak bela I?

Ai mith my shugar momma oredi.Balikla cepat ai pening pening kepala.Pastu main panjat panjat muscle ache....UHUKKkkkk!Jet tgh sebis takleh pi Paris.

Friday, January 23, 2009

Jaguh bola keranjang all time!

Aku admit aku sangap pastu aku layan youtube.

Arghhh the good old NBA days.Rasa bertuah dpt tgk Jordan time peak!Terer nak mampos and very charismatic.Kalau bola sepak legends macam come and go.Tapi basketball aku rasa macam tak jmpa lagi...



Kerna dia game basketball is purely magic.Its never the same lepas dia belah dari NBA.Kobe Bryant,Shaq,Iverson,apa nama mamat baru tu....ahh...Lebron James.diorg sume campur-campur takleh challenge His Airness.Pasukan Chicago Bulls terbaik dipelopori oleh Luc Longley,Toni Kukoc,Steve Kerr,mamat bertatah tatu Dennis Rodman,oh jgn lupa Scottie Pippen,BJ Armstrong,Paxson ermmm yg lain aku tak ingat dah...mmg terbaik!

Jordan is magical!

Lazy Friday afternoon

Dah 2 hari cuaca cerah.Alhamdulillah.

I'm blogging via Azmi's Chateau in Piasau.Tomorrow I'll head home.Biasala naik private jet aku.Gulfstream.

Then my gf is leaving for Paris pulak on Sunday.

Kalau aku tak balik,family azmi dah nak ajak aku pi Mulu dgn Hummer mereka.iskh iskh terharu aku.

Reevaluate sikit

Bila saya menulis ini Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis ini warga Palestine di Gaza masih lagi di guddam. Ketika saya menulis ini masih ramai lagi warga di negara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisma.

Zionisma ini adalah satu pandangan politik. Zionisma bukan Orang Yahudi tetapi pengasas Zionisma memang orang Yahudi. Hari ini Zionisma bukan lagi milik eklusif orang Yahudi. Zionisma yang wujud dan sedang mengoddam rakyat Palestine ini, majoritinya didukong hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Agama orang Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka di panggil rabbai. Ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga di ketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisma. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut agama Judaisma yang menentang keras fahaman Zionisma. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisma ini ke Palestinee. Untuk kumpulan ini mereka percaya bahawa fahaman atau idealoji Zionisma ini telah membawa porak peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestine.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada tahun 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad Presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestine. Mereka juga menentang Zionisma bermatian-matian.

Ini adalah satu bukti bahawa Zionisma bukan ajaran agama Judaism. Zionisma adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaism.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisma. Noam Chomsky adalah salah seorang darinya. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 adalah seorang Yahudi yang anti-Zionis.

Di Israel sendiri ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman Zionis. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionis. Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nukler Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan culik dari London untuk di bawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia ‘bom nukelar’ Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisma - Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun semenjak tahun 1986. Selama 18 tahun Vanunu telah kurung bersendirian. Bila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang di penjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestine. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan Israel kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.

Semua ini adalah bukti bahawa bukan semua Yahudi Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga di Malaysia ini menganggap konflik Palestinee/Israel ialah konflik agama. Terutama dikalangan orang Melayu. Ini satu pandangan yang salah. Konflik di Palestine bukan konflik agama. Konflik di Palestine ialah konflik hak milik bumi tanah Palestine. Konflik ini lahir kerana bumi tanah Palestine telah di rampas oleh penganut fahaman Zionis untuk mendirikan apa yang di panggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – konflik Arab/Israel – bukan konflik diantara penganut agama Islam dengan penganut agama Yahudi.

Wajib di ketahui ada hampir 10% warga Palestine beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada tahun 1980'an dahulu sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestine/Israel ialah seorang Kristian. Arwah Edward Said intelektual pemikir bertaraf dunia itu adalah seorang Kristian. Arwah George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestine adalah Kristian yang berasal usul dari susur galur pengikut Nabi Isa. Ini kerana Nabi Isa dilahirkan di Nazareth – di Palestine.

Betul agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang di perjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestine yang telah dirompak dan di rampas oleh penganut fahaman Zionisma. Tanah air Palestine yang telah di rampas ini telah melahirkan nasionalisma Palestine. Semangat nasionalisma Palestine inilah yang membolehkan rakyat Palestine terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.

Kita wajib memahami dengan lebih dalam tentang apa itu Zionisma. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – bangsa Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel. Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain di anggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru di sini jelas bahawa Zionisma ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi dari fahaman ini. Keganasan yang wujud di bumi Palestine adalah hasil dari falsafah rasis Zionisma. Merompak tanah-tanah warga Palestine, menghalau orang Palestine keluar dari tanah air mereka adalah juga manifestasi dari fahaman rasis Zionisma.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestine datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib di teruskan. Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestine. Pasti ada lebih dari ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisma dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau di California. Zionisma wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan fahaman Zionisma dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika malah – Kesatuan Eropah – Peranchis, German, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestine – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisma ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisma dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisma ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa. Israel yang sedang memporak perandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal. Ini menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Saudi Arabia. Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestine.

Bila telah memahami semua ini saya rasa kita akan dapat melakuan lebih dari apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu pekara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada fahaman Zionisma. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisma di mana sahaja ianya berada.

Zionisma pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestine sahaja. Zionisma telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah saya nyatakan tadi bermakna mereka juga adalah pendukung fahaman Zionis. Zionisma ialah kezaliman.

Disini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestine untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan dimana sahaja ianya berada termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisma tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah di runtuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah di runtuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chu Badak. Orang Melayu marah apabila Masjid di roboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asal diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemo kerana tanah rakyat Palestine di rampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan di rampas. Atau tanah adat di Serawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Dimana silapnya fikrah Melayu ini ? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan. Dimana akal fikrah mereka terputus. Kalau di Palestine mereka yakin rakyat Palestine sedang di zalami. Kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu. Apakah mereka tidak memahami bahawa zalim dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama. Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu. Dimana songsangnya fikrah Melayu ini. Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan. Atau kita hanya menjadi Pak Turut – berGaza ke hulu berGaza kehilir. Orang bercakap hal Gaza kita bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.

Artikel dipetik dari http://tukartiub.blogspot.com/2009/01/sekali-lagi-zionisma-dan-nilai-melayu.html

Thursday, January 22, 2009

Papai Raqi




aini 22/01/2009 aku kat miri.
esok 23/01/2009 sahabat baik aku raqi rosla nak pi panama.dia survey engineer.dulu dia keje dgn OGS.Offshore GeoSurvey.Kami berkawan baik semenjak dr hari hari final year aku kat UiTM.Dia grad lagi awal dr aku.Dia pon keje lagi awal dari aku.

Aku dari dulu nak keje camni keje macam Raqi.Sebab keje ni adventur.Duit tu seriyes takdela byk sgt sebagaiman yg diwarwarkan tp cukupla utk permulaan.

Raqi jugak teman sejati kalau nak layan live band.Dia selalu mai dtg umah amik aku pi tgk liveband.Mak aku pon kenal dia.Dia baik orgnya.Waktu dia mula keje offshore kalau dia balik onshore sure banje aku makan.Tp pastu aku dah keje aku plak la banje dia.hehehee

Dia suka muzik.Aku ingat lagi time pi beli fender mexico.Dia beli kaler putih!Dia suka layan santana dan juga blues.

Orait Raqi!selamat ke Panama.I'm gonna miss you.Aku nak pi sana jugak tp on makan angin assignment.Kalau kaya raya silalah beli pulau satu ke.villa ke?hahahaa

Wednesday, January 21, 2009

Mari bersuka ria mendengar lagu lagi



Ok kali ni aku nak blog sikit.Cuaca arini clear sepanjang hari.Tak hairan jugakla kalau ada kapal ke laut aini.

Munir call dari UK.Sesapa yg mengenali beliau dia kem salam*sila jawap salam*.Pastu dia suruh pi amik kasut evolve dia utk dimainkan di tepian batu.*aku mahu,aku perasan sharma.kihkih

Aku masih tak sure sama ada aku harus kelaut aku kekal didarat dan esok aku kena updet lagi situasi aku.*chiss*

Aku rasa kurang sihat sikit.*bugger* memang musim

Till esok comes laa...tra la la....

Bertuah

For my darling



Pandai nyanyi mereka ini!

Tuesday, January 20, 2009

Aku kat Miri~Serampang 2 mata

"Shafik hang kena pi Miri cari barang!",suara Const Super (CS) memecah keasyikan YM nak pi chilling kat Sg Chilling bersama Nad(Peah la tu!)

"Hah!Bile",sahutku dgn nada saprais

"Ada flight tak petang ni Ezat?",boss immediate aku bersuara pula.
"Adakan Miri petang?Flight 3 kali sehari Air Asia",sambung beliau.

"Ada?Awat nak pi ptg ni jugak ke?",Ezat tanya.

"Aduih!Rilekla...pi pagi esok la pelis....tak dan nih!",jawabku.

"Haaaaaaaa......hang pi pagi esok.Pastu pi cari brg dgn Latit.Pastu tgkkan sekali air tugger tu",CS bersuara.

Shit aku kena pi Miri ni.Tetiba....SURPRISE!oh tidak....lalu aku pon bgtau gf aku yg berreaksi terkujat!

uhuk uhuk.

Lepas opis aku terus drive ke Bangsar South.Ciss jem....jem....JAM kepala hotak.Aku pon tiba ke destinasi.Setelah bermakanmakan bersama gf nak anta aku.Adeih...inila 1st time aku nak ke kerja sama ada onshore/offshore ke airport.Kalau tidak mmg berteksi aja.Touched to the max!*aku berhak lembik,sila bagi chan.Pastu dpt pulak entri mcm ni.Lagi aku lembik.

510am aku dikejutkan oleh si Dia
535-40am cargas ke airport!Mak aku tgk jek dr pintu rumah.
Ntah pukul bape aku sampai airport.

Pendek cite aku dah kat Miri.Sini musim hujan.Yeah,hujan yg sgt lebat setiap hari.Cuak jugak nak kelaut.Agakla dah lama sgt tak kelaut.Emel yg terlatest aku dpt mcm nampak gaya aku kelaut.Maybe aku kena ikut sampai ke labuan.Aku pon tak tahu...

Bila aku balik.Wallahualam...Doakan aku selamat.Sudahla...Sekian.

UUwwaaaaaaaaaaaaa..........

Sunday, January 18, 2009

16 Jan 09, 13:57
sasha: weyh!u soo bz mehh!lama tak hapdet blog..you're worse than me..:P apsal peah tak komplen?tak aci!!!

18 Jan 09, 00:05
sapiktosasha: sebb peah best!dia tak kejikan aku!hehehe

18 Jan 09, 20:37
buih: sebab dia orang bercinta, tak perlu updet blog..ko tu mak buyung, nak gi lunch pun tak larat..hapdet ah belog!

hahaha....yes.sasha menjadi bahan kejian!maap mak buyung.kami tag team.
tapi peah percintaan tidak menjadi halangan memblog.anies rilek jek blog.aku busy kat opis last week pastu rumah ada masalah connection internet.sebab itula tak updet!heh.

hari ahad ku

Ahh...its sunday.Planned to go climbing today after zuhr and lunch but plans are made to be broken.I woke up circa 11am.I managed to wake up Subuh but due to an action filled saturday the penat is carried over to sunday.

Bebeh is busy with her reports and assignment.So tak kacau la.Besides semlm dah sakan.hahaa.

So i had to cancel my climbing coz initially i had to go meet dad at bangsar.then after zuhr he said he wanted me to follow him to the bank.i drove home bout 1330 hrs from bangsar sebb i was hungry and i know mom prepared nasik beriani and dad drove off to masjid(giler keji tak ikut!lapar la.....)

Got home and my cousins,an aunt and my anak buah ada.So we makan together2.Petang i went joging after tea.Passed peahs crib saw Kay(*dia watpe kat situ?),said hi to shasha and ika pon ada.Nampak keta zano mukrajee...so i jogged and wat my routine lah.

Oh lupa,time tea as usual I have my busy aunties wanting to play cupid yet again.Chik and nyang.Last 2-3 weeks mak aku.Somewhere last week my aunt in KJ...haiyaaa...makin kerap mereka mengeluarkan statement begini.chaih....

well knowing me myself and i....nah...nope.not pressured pon!hahaaa.korang tunggula.Siap!hahaaa...nanti saya buat saprais bebila time sesuai.

Mari berkongsi

Dear kengkawan pembaca.Aku nak berkongsi 2 website nih.Lepas ni boleh kite plan aktiviti yg kurang melibatkan pusat membeli belah

http://www.waterfallsofmalaysia.com/main.php

dan juga ini

http://www.nature-escapes-kuala-lumpur.com/

pastu pastu sesapa ada link tempat makan meh sini.aku nak tarok jugak!muahahahahahahaaaaaaaa

Saturday, January 17, 2009

ahad lepas ke sabtu arini

okeh ahad lepas lepas sabtu yg tk produktif.hari ahad lebih produktif.aku pi climb dgn anies+eiman,geng dan ajep.eiman si kecil merengek rengek utk panjat.kami comply.sebab semut dia pon takut nak naik tinggi tinggi.rujuk sini ok?

So fast forward after a hectic week.yes pretty hectic and tak joging pagi sebab peah injured(dan juga the weather agak sejuk melampau lalu aku terpaksa tido balik sesudah subuh!*excuse yg lame bukan?)

Arini aku pi sungai pisang membawa anies,geng+teman dan meon dan juga ahli veteren seperti abe dan azan...oh ye matjo!*aku still tak dpt terima dok bmi 3 thn tak pi sg pisang?apakah?

so plan nak bertolak jam 11am.macam biasa disebabkan janji ala-ala yahudi yg kami sume sedia maklum....flexi gitu...kami sampai ke sg pisang kol tgh hari.so kami pon bertolak melayari dan menyusuri sungai...heh...so kami pon sampai.pastu apalagi...gantung hammock,ada yg pi terjun then makan nasik yg tapau kat restoran denyutan lidah!*enak dan murah...kat gombak aka gambok!

ada yg terjun tiruk,ada yg hampir lemas*termasuk aku....ada aksi cannonball dan juga ada yg beraksi berenang hanjing di kawasan cetek!kuang kuang....

pastu pastu kami pi damai wall.perghhhh meriah sungguh sungguh!nampak gaya business ateng makin tip top.bagus...bawak lagi pelancong dr s'pore!hahahaaaa.....mari siphon duit mereka.hidup ateng!

anyway,hujung minggu yg produktif!esok boleh rest?heh....climbing anyone?

Saturday, January 10, 2009

hari sabtu yg tidak produktif

hari ini hari sabtu 10 jan 09.saya sedang belog dr rumah en leepas sebb ibubapa,bibik dan adik-adik ke kajang ke rumah adik saya yg dah kawin tu.saya pulang dr sebis keta lalu terperangkap di luar.jadik sebb malas ke rumah aunty kat ss lain saya ke rumah en leepas kat ss19 jugak.

sepatutnya hari saya diplan begini.bgn pagi dan pegi rock climbing dgn ateng dan abe.malangnya saya bgn dikala tgh hari!*buruk perangai sila tampar sedas.jgn spank sebab i got no butt

jadi saya pon bgn dan terus mandi gosok gigi dan yg sewaktu dgnnya.saya bgn lambt sebb lepas main futsal semlm saya pulg dan tgk dvd jay bond quantum of solace.kesian aston martin tu.baik bagi aku kalau nak bawak camtuh.lagi satu kalau beli keta alfa pon boleh keja aston.so kesimpulannya alfa tu pon power jugak.

so setelah bgn dikalau matahari terbit dan bersiap dgn alatan climb utk climb,bigboss aka bpak suruh pi servis keta sebab dia kata bunyi pelik.jadi akupon akur sebab keta yg tu jugakla aku yg jd tukang bawak.aku pon pegi ampunk.bunyi tu sebb water pump.pomen ckp next sevis baru tuka sebb timing belt due sekali.so tak payah waste on labour service.then aku pon balik dah agak petg.so aku pon cancel la nak pi climb.

ateng dan abe yg kata nak climb pg kat nanyg wall pon gerak ke damai sebb nanyg tutup utk some charity climb event.diorg tak pi pagi pon.kat tghari jugak.hampeh disitu.tkpe insyaAllah esok hari Ahad aku pi panjat bersama diorg.turut mengundang Anies.

Hari ini juga aku tidak mencalat kerna Anies ke Melaka.Aku tidak turut serta kerna circumstances tidak mengizinkan.aduyai....

anyway highlight of today adalah lauk makanan tengahari kangkung goreng belacan dan juga ketam masak cili itu amat melazatkan.aku makan dgn mengikut nafsu sekali!oyeah...

aku masih tidak kelaut lagi.hari senin jumpa org dr s'pore pasal brg survey,aku sepatutnya ke laut sekitar bln 2 tp dgr mcm bln 4.so kalau delay mob lagi delay demob?camne nak kawen weih?tapi...ada pulak si boss ckp nak anta aku balik ke miri pasal air tugger.jadi utk bulan mendatang sila jgn pow aku ok!hahaaa...tunggu hasil tangkapan laut dalam.sekian

chiss...aku masih sangap.WAaaaaaaTEEEEttteeeeeeeeee..............toooot!jom ZZZzzzzzzzzzzzzz lagi.

Thursday, January 08, 2009

Antara ilusi dan realiti

“Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.

Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.

Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.

Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.

Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan “nasyid” mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).

Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.

Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.

Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!

Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.

Anak kita bagaimana?

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!

Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Read more here!http://saifulislam.com/?p=73

Slogan

The slogan of Hamas is "God is its target, the Prophet is its model, the Qur'an its constitution: Jihad is its path and death for the sake of God is the loftiest of its wishes." Hamas states that its objective is to support the oppressed and wronged and "to bring about justice and defeat injustice, in word and deed." Hamas believes that "the land of Palestine is an Islamic Waqf (trust) consecrated for future Muslim generations until Judgement Day," and as such, the land cannot be negotiated away by any political leader. Hamas' covenant states that "so-called peaceful solutions and international conferences" are "in contradiction to the principles of the Islamic Resistance Movement", stating "there is no solution for the Palestinian question except through Jihad".

more here http://en.wikipedia.org/wiki/Hamas

Edisi Palestin



video ni time muktamar PAS.So tak masuk TV la.Tapi msg yg disampaikan sama cam artikel.Ni edisi muhasabah diri jugak!Tkpe sebar-sebarkan

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen “Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS”.

Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui.

Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami.

Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah.

Kami telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Sehinggalah di pertengahan 80′an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin.

Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya.

HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami.

Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama.

Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya.

Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui.

Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi.

Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu.

Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami.

Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya.

Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat.

Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan.

Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong.

Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami.

Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini…

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.

artikel gua tempek dari sini
http://verslalumiere.com/v1/pour-vous-les-malaisiens/#more-366

sebab di dada sob sob tsk tsk...rasa malu pon ada.

Monday, January 05, 2009

Rafiqa tag aku balik.lepas ni aku nak ban main sep balik

1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu

i. Nama dia Rafiqa.Sama sekolah jenan pernah sekelas bersama kejap 1 Dinamik

ii. Kamceng since F3 sebab sekelas dan seset

iii. Solo muahahahah.......keji keji

iv. Pandai main kibod dan piano dan juga bass.dia penah pinjam bass aku.*bass dah jual harap maklum

v. Berbakat besar di lantai tari!mauahahahahahahaaaa

vi. Bapak rafiqa pandai bakar and buat steak.aku terliur ketika menaip ini.Bila nak pi estet bapa kamu lagi weih?tak tipu seriyes sedap!

vii. Boobs beliau besar.mauahahahahahaaa......kejikan aku?*eleh aku tau ko suke

viii. Shafik adalah seorang Along dan aku jugak Along. dan Nazaruddin Abu Samah juga Along. hahah.*malas nak edit.ini fakta rangkaian kengkawan kamceng.jumy dan fisha tak along.hanya kami ber3.ninie aku tak sure?

ix. We finish each other's sentences without saying.

x. Smart bijak dan dan disukai ramai.

2. Tuliskan novel kegemaran kamu

malas nak tulis kerna dah tulis.sila rujuk posting awal.tq

3. Listkan 5 bende yang kamu sayang

rujuk posting awal...........uwaaaa........sob sob tsk tsk

Bahaya hutang dan tak bayar balik hutang!



http://myfamilyaccounting.files.wordpress.com/2007/09/10__types_of_lenders.jpg

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Sila rujuk www.zaharuddin.com.

Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka,kawan,sahabat-handai ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Minggu ini, sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

*
a) KAD KREDIT : Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

*
b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

*
c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

*
d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

Nauzubillah...dipetik dari www.zaharuddin.net.sama-sama kita beramal

Sunday, January 04, 2009

Alhamdulillah

Mak dan bapak sedang access damage...ni kire macam live reporting

Barang kemas mak bapak aku selamat rupanya sebab decoy pelbagai kotak kosong mungkin telah menyelamatkan pelbagai yg lain.Simpan kotak bebyk.Pencurik tu mungkin frust mencari.kosong kosong kosong.....

Teknik meyorok kat laci XXXXX yg menjadi penyelamat.

Pastu kotak buruk cadbury tempat emas pound nenek aku rupanya terjatuh belakang file.Ya Allah!!!syukur....selamat

Sume jewellery mak aku selamat hooray........Alhamdulillah!!!

so list barang hilang finally

jam tgn NAUTICA hadiah bapak approx rm700
duit raya asma approx rm200++
duit raya singgit approx rm200(duit tuka)
gol medal arwah wan 2 priceless satu ada diamond lagi
jam tangan ibu Katharine Hammett London approx rm1k plus tu pon bapak bagi
laptop dell ibu rm2.5k(ni dah masuk repot)

so kena wat repot susulan nampaknya.

mungkin jugak time kami balik dia dok geledah.tkpe sume selamat itu yg plg utama.

baca surah al-baqarah bebyk lagi...jom!halau hantu sekali...amin

Makna bacaan

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..
Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai tuhan ku,aku tak layak utk ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

saya telah mencilok artikel ini dari blog ini http://nannoor.blogspot.com/

AWAS LAGI

Lupa pulak aku nak berkongsi menurut Encik Polis modus operandi pecah rumah terlatest adalah

Dikala hari hujan lebat
1.Jiran tetangga lain sume kat dalam.So org tak perasan.Pastu susah nak dapat finger prints becoz of smearing.

2.Pay more attention kalau rumah belakang kosong.

3.Sekarang tektik masuk siang hari.

So lepas ni kalau balik kampung ke,kuar ke bgtau la jiran tetangga.

Kalau nak ke majelis pakai perkakasan termahal.muahahahaa....aksesorize maksima.muahahahaaa....just be extra careful these days.ramai org desperate.

Aku rasa ni kes lalu lalang and amik oppurtunity so mari menjadi lebih alert jek!

rumah kena ransack...AWAS!!!!

pada hari ini dikala kami sekeluarga bergumbira meraikan kehadiran ahli keluarga baru nun jauh di batu pahat rumah tempat aku berteduh ini telah dimasuki pencuri.

walaupon sedih sebab harta material dunia hilang namun aku tetap bersyukur sebab nasib baik kakak pembantu rumah ikut sekali.manalah tau kot-kot kalau dia tk pegi apa yg akan terjadi.nasib baik nenek aku pon ikut.selalunya diorg berdua port kat umah ajek.

bilik ibu bapa dikopak masuk.baju baju bergelimpangan...aku rasa brg kemas ilang.aku tak tau casualty of war,tunggu dierang balik assess damage.pastu kena report part 2.

begitu juga dgn bilik adik..duit tabung adik bongsu aku menjadi mangsa.sebab tahap kealiman dia jauh lebih tinggi dari aku,aku rasa secool cool aku....dia cool lagi.terbaik.

bilik aku tak byk baju dan agak bersepah pon menjadi mangsa.namun sob sob tsk tsk tsk sob sob jam nautica yg bapak aku bagi lepas aku balik opshore menjadi mangsa keadaan...UWAAAaaaa.....selalunya kalau ada occasion aku pakai jam itu.tapi not today.memang dah suratan takdir...bye bye jam balak!Uwwwaaaaaaa.............

tapi sebenanya kesian lagi kat parents aku la....sob sob tsk tsk

ish ish....desperate times.tkpe org kat Gaza lagi susah.syukurla bebyk ya'all...

Friday, January 02, 2009

dikala bersuka ramai yg menderita



di baru sikit.

Livni: No crisis in Gaza Strip

Tzipi Livni, Israel's foreign minister, has again rejected a French proposal for a ceasefire to allow aid into the Gaza Strip saying there is "no humanitarian crisis".

Israel's foreign ministry quoted Livni as having said in a statement during a trip to Paris that "there is no humanitarian crisis in the [Gaza] Strip, and therefore there is no need for a humanitarian truce."

Over the past six days more than 400 Palestinians have been killed and 2,000 wounded under an Israeli aerial bombardment.

The strip, home to 1.5 million people, is already suffering shortages of power, food and medical supplies due to a two-year blockade imposed by Israel on the area.

Livni was quoted as saying: "Israel has been supplying comprehensive humanitarian aid to the Strip... and has even been stepping this up by the day."

The Israeli cabinet had previously rejected a French proposal for a 48-hour ceasefire on Wednesday.

Livni held talks with Nicolas Sarkozy, France's president, in the French capital on Thursday as pressure built on Israel to agree a truce to allow aid into the besieged Gaza Strip.

Sarkozy ceased to hold the rotating presidency of the European Union as of midnight on Wednesday, but decided to go ahead with the meeting which was aimed at brokering some form of end to the Israeli assault on Gaza.

Baca yg lanjut kat sini

Jangan lupa panjatkan doa kat diorg nun disana....aku dah nak setat label la blog aku ni

Thursday, January 01, 2009

Nu year~Rooftop BBQ@pipit's



Selamat tahun baru sidang pembaca.Tahun baru aku disambut dgn aktiviti BBQ di rooftop umah pipit bersama-sama org-org penting,tersayang dan teman istimewa.Dia duduk apartment yg amatla cantik dan eksklusif.

Aku xde gamba sebab aku xde dig kamera.Camera phone pon xde.Nanti kalau rajin aku beli.



Aku pegi dgn Anies.Dia ada fedora topshop baru yg menjadi kegilaan penggemar bingo dan sesi photoshoot.

Shahir jadi cam whore.

Kamera peah sgt cool.Begitu juga dgn aksesori beliau.Hasilnya boleh dilihat kat blog buih

Aku tido lewat.Tak sedar kehadiran mesej dari peah di pagi hari.Maap.

Rumah pipit sgt cool.Byk cermin pulak tu....

Sebab dah nu year,saya berazam utk menjadi org yg lebih baik dari segenap aspek terutama aspek rohani.usaha tangga kejayaan.Saya juga bermohon dan berharap semoga sume org di murahi rezki walau dimana kite berada.



InsyaAllah its gonna be a busy year for me.I'm looking forward for the challenges ahead.Selamat Tahun Baru y'all

All pics courtesy of Nadrul Shaqman Norzainal aka Peah...to the ladies call him Nad!

Panjat macm ni selamat



dan osman legend in free climb.kalau sekarang ni....sukan memanjat dan chris sharma adalah bagai aur dgn tebing.like bread and butter,isi dgn kuku.dia terer tapi tak giler cuma terer giler.

Still aku kagum dgn sharma.

Mak buyung tag aku.Nah rasakan!



http://smartpei.typepad.com/robert_patersons_weblog/images/tag.jpg

Aku telah di tag oleh Super Buyung.Main tag tag ini ibarat main sep-sep dialam siber.Tapi sukeati jek kalau tak nak layan.

1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu

i. Saya kenal Sasha time asasi.Waktu tu dalam hall.Soklan perkenalan agak cepu mas!

ii. Sasha penah dating dgn Ron dan Godob.Muahahahaaa.....Kejikah ini?

iii. Sasha pernah bawak keta kancil putih kakak dia.Dia terlanggar bahu jalan walaupon waktu tu macm takde sapa pon kat jalan itu.Angin pon bettiup sepoi sepoi bahasa.Waktu tu aku kat atas area asasi.Aku gelak tp aku taktau tu sasha.Kalau aku tahu pon aku pasti sure gelak.KEJI!

iv. Sasha kantoi naik ramp kat Sunway Pyramid dalam keta kancil Putih jugak.KEJIkan aku?

v. Sasha dulu xde boobs past sekarang dah besar.Perut dia pon lagi besau!sile cross ref blog rocksta utk cuci mata.....ini tak keji.Complimen

vi. Ex TKC....takpe aku tak geli katak.

vii. Teman blog dan chatting aku yang regular

viii. Mata "lalok" aka sepet macam aku daa....betul percayalah!

ix. Suka aktiviti gossip dan yg sewaktu dgnnya

x. Layan emo awek saya.


2. Tuliskan novel kegemaran kamu

Saya dah tak baca novel sgt lebih kepada buku motivasi,biography,strategy,climbing camtu ahh

3. Listkan 5 bende yang kamu sayang

susah ni..aku tak banyak harta.. since orang bukan bende tapi aku cuba..

a) Saya paling sayang career saya sebab kalau takde duit abihla takde benda utk di sayangi.
b) Fedora yg aku bagi aku rasa ada soul aku dlm fedora itu(ini kes tumpang sayang!)
c) Band ala-ala rockstar yg aku dapat
d) Jam yg bapak aku bagi kat aku selepas balik dari kapal
e) Alatan outdoor aku (panjat,beg hiking dan yg sewaktu dgnnya)

aku nak tambah lagi.Aku syg komik2 aku.Aku juga sayang kasut-kasut aku.

Aku nak tag Rafiqa la.
Aku nak tag jugak mune,odeng,shida sahlan urm....*garu kepala seround

kalau aku nak teg balik gf aku bleh tak?*wonders